Khamis, 3 November 2011

Memahami Bacaan Dalam Solat 1


Memahami Bacaan Dalam Solat 1
Saya akan cuba menerangkan makna bacaan dalam solat supaya kita dapat menghayati bacaan kita dan menambahkan khushu’ dalam solat yang kita lakukan.  Ini adalah satu sumbangan ikhlas dari saya untuk berkongsi pengetahuan yang ada.  Sekiranya saya melakukan kesilapan, harap dapat ditegur dan dibetulkan demi kebaikan kita bersama. Saya akan menerangkan makna kalimah dan juga sedikit sebanyak  mengenai nahu atau tatabahasa Arab.
Buat permulaan mari kita lihat lafaz niat dalam sembahyang.
أُصَلِّى فَرْضَ الصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ اَدَاءً لِلهِ تَعَالَى
Kalimah pertama ialah أُصَلِّى . Maksud أُ  dalam bahasa Arab ialah ‘saya/aku’ dan صَلَّى ialah bersembahyang/bersolat.  أُصَلِّى dengan ل   bertashdid kasrah, adalah ayat verbal di mana kalanya ialah semasa (present/future tense). صَلَّى  dengan ل bertashdid fathah, adalah kata kerja kala lampau (past tense) atau مَاضِي , dengan kata ganti diri dia (lelaki) tersembunyi.  Oleh itu maksud صَلَّى  ialah ‘dia (lelaki) telah solat’.  Jika ada imbuhan تُ , يُ , نُ , أُ di hadapan kata kerja, dan huruf ل bertashdid kasrah maka ia menunjukkan kata kerja itu berkala semasa (present/future tense) atau مُضَارِعٌ dalam istilah bahasa Arab. Jika diimbuhkan مُ di hadapan kata kerja  صَلَّى  berkala lampau, ia menerbitkan kata nama bagi menunjukkan tempat.  Oleh itu مُصَلَّى adalah kata nama yang bermaksud tempat solat.  Kalimah صَلَّى  seterusnya boleh menerbitkan beberapa lagi kalimah seperti صَلَاة  iaitu kata nama yang bermaksud solat dan jamaknya صَلَوَات ‘solat-solat’.  Kalimah صَلَّى  juga selalu kita gunakan untuk mendoakan Rasulullah.  Kita sunat mendoakan صَلَّى اللهُ عَلَى محمد .  Perkataan صَلَوَات telah menjadi perkataan bahasa Melayu yang kita semua telah maklum maknanya.
Seterusnya akan bersambung di post akan menyusul nanti. إلى القاء

Tiada ulasan:

Catat Ulasan