Selasa, 8 November 2011

Lafaz Solat


Kalimah kedua yang akan diperkatakan pula ialah فَرْضَ  .   Maksud فَرْض   ialah ‘yang wajib’.  Kalimah ‘fardha’ ini telah menjadi perkataan bahasa Melayu iaitu, ‘fardhu’ yang semua sedia maklum. Di sini saya ingin menjelaskan kenapa ض berbaris fathah. Dalam tatabahasa Arab, jika perkataan itu menjadi subjek, ia akan berbaris dhammah, dan jika perkataan itu adalah objek kepada kata kerja, ia akan berbaris fathah.  Oleh itu baris fathah memberitahu kita bahawa kalimah فَرْضَ  adalah objek kepada kata kerja bersolat.  Kata dasar فَرْضَ   ialah فَرَضَ  ‘faradha’ iaitu kata kerja yang bermaksud telah mewajibkan.     {فَرَضَ اللهُ صَوْمَ.....}  ‘Allah telah mewajibkan puasa….’. Kalimah فَرَضَ adalah kata kerja kala lampau (past tense). Rujuk perkataan صَلَّى di atas untuk penerangan kala semasanya (present/future tense).


Penentuan vowel di hujung sama ada dhammah, fathah atau kasrah, merupakan satu keistimewaan bahasa Arab, dikenali sebagai I'rab atau مُعْرَبٌ, yang menjadikan ia lebih spesifik dan tepat. Saya akan menerangkan tentang i'rab ini dengan lebih mendalam di post saya yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan