Mari Menghayati Al-Quran

Apakah maksud Pengajian Al-Quran?

Lazim kita dengar, apabila mengaji Al-Quran, kita akan belajar bagaimana membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.  Semasa kanak-kanak lagi kita dihantar oleh ibu bapa kita untuk belajar membaca Al-Quran di sekolah-sekolah agama rakyat atau di rumah-rumah ustaz atau ustazah. Matlamat membaca Al-Quran bagi kebanyakan ibu bapa untuk anak-anak mereka adalah untuk khatam atau tammat Al-Quran sahaja. .  Oleh itu ramailah kanak-kanak yang dalam lingkungan umur 10 - 13 tahun berjaya khatam Al-Quran. Kebetulan pula pada umur itu lah diadakan majlis khenduri berkhatan dan sebelum berkhatan mereka akan mengadakan majlis khatam Al-Quran.  Apa yang menyedihkan ialah,  walau pun terdapat kanak-kanak yang berjaya membaca Al-Quran dengan betul tajwidnya, dan  tidak kurang pula yang gagal membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul, akhirnya terus melupakan Al-Quran buat sekian lama, kerana sibuk mempelajari subjek-subjek peperiksaan PMR dan SPM.  Walau pun ada subjek Agama Islam dalam peperiksaan PMR dan SPM, tetapi, nyata sekali mereka menghafal fakta-fakta  sahaja, tanpa penghayatan yang sepatutnya. Ini terbukti dengan ramaiaya orang dewasa yang berkerja, berkeluarga  dan orang yang sudah bersara, tidak dapat menguasai bacaan al-Quran dengan tajwid yang betul.

Kenapa saya berkata begitu? Pengalaman saya membukti perkara ini memang benar.  Apabila sudah berkali-kali mengikuti pengajian tajwid baik di masjid atau di surau atau di rumah rakan-rakan, pembelajaran yang paling cepat 'selesai' ialah pembelajaran tajwid. 'Selesai' yang dimaksudkan di sini bukan semua peserta pandai tajwid, tapi, lari dari belajar tajwid.  Bila dah tinggal dua tiga orang sahaja yang sanggup  tunggu belajar, maka pembelajaran pun dihentikan.  Baru belajar mengenal satu dua hukum mad, sudah give up.  Susahnya. maklumlah lidah pun dah keras.  Malu pula berlebih-lebihan. Sekarang ni amat jarang sekali ada ustaz mengajar tajwid di masjid-masjid atau surau.  Sebabnya, mungkin ramai yang takut dengan tajwid.  Malu kalau tak betul baca. Apa yang banyak dilakukan oleh pentadbir masjid dan surau  pada masa ini hanyalah, mengajurkan pengajian-pangajian biasa seperti, fiqah, tawhid dan tasawuf, hadis, tafsir, yang tak ada sukatan pengajian tertentu.  Yang mendengar pula yang dah veteran-veteran belaka. Yang berapi-api berceramah ialah ustaz yang berceramah sahaja, Yang mendengar senyap mendengar sahaja.  Itu pun entah dengar atau pun tidak. Maka dapat lah pahala beriktikaf dan mengaji sikit-sikit. Tidak di nafikan ini adalah lebih baik dari sembang-sembang mengumpat orang di kedai-kedai kopi atau di serambi masjid dan surau.

Kita selalu mendengar ustaz dan ustazah berkata, kalau hendak mengatasi masalah sosial dan masyarakat seperti maksiat dan jenayah, hendaklah kembali kepada Al-Quran, Hadith dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.  Melihatkan kejadian yang sebutkan di atas, tak mungkin kita dapat mengikut saranan ustaz dan ustazah untuk kembali kepada Ap-Quran. di antara sebab2nya ialah, pertama, kita tak faham makna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan