Jumaat, 11 November 2011

Fahami Lafaz Niat Solat


Kalimah kedua yang akan diperkatakan pula ialah فَرْضَ   ‘fardha’.  Maksud فَرْضَ   ialah ‘yang wajib’.  Kalimah ‘fardha’ ini telah menjadi perkataan bahasa Melayu ‘fardhu’ yang semua sedia maklum. Di sini saya ingin menjelaskan kenapa ض berbaris fathah. Dalam tatabahasa Arab, jika perkataan itu menjadi subjek, ia akan berbaris dhammah, dan jika perkataan itu adalah objek kepada kata kerja, ia akan berbaris fathah.  Oleh itu baris fathah memberitahu kita bahawa kalimah فَرْضَ  adalah objek kepada kata kerja bersolat.  Kata dasar (root)فَرْضَ   ialah فَرَضَ  ‘faradha’ iaitu kata kerja yang bermaksud mewajibkan.     {فَرَضَ اللهُ صَوْمَ.....}  ‘Allah telah mewajibkan puasa….’. Kalimah فَرَضَ adalah kata kerja kala lampau (past tense). Rujuk perkataan صَلَّى di atas untuk penerangan kala semasanya (present/future tense).

Kalimah seterusnya ialah الصُبْحِ iaitu kata nama yang bermaksud Subuh. Ia menerangkan lebih lanjut tentang solat yang hendak dilaksanakan.  فَرْضَ الصُبْحِ  adalah frasa relatif, dalam istilah bahasa Arab ialah   مُرَكَّبٌ إِضَافِيٌّ  di mana kata nama yang menerang, dipanggil mudhaf, المُضَافُ  sementara kata nama yang diterang dipanggil almudhaf ilaihi, لمُضَافٌ إِلَيْهِ l . Oleh itu  الصُبْحِadalah  لمُضَافٌ إِلَيْهِ l   dan  فَرْضَ adalah المُضَافُ  . Bagi لمُضَافٌ إِلَيْهِ l   baris di hujungnya adalah kasrah mengikut tata bahasa Arab, dan kita dapat lihat baris hujung kalimah الصُبْحِ adalah berbaris kasrah.  Ia tidak boleh berbaris dua kasrah kerana الصُبْحِ adalah kata nama tetap kerana ada ال walaupun tunggal (singular).

 Kalimah berikutnya رَكْعَتَيْنِ adalah kata nama yang menerangkan tentang cara katakerja ‘bersolat’.  Maksud رَكْعَتَيْنِ ialah dua raka’at. Dalam tata bahasa Arab imbuhan hujung ‘...aini’ menunjukkan ‘dua’  (dual). Jika satu raka’at  bahasa Arabnya ialah رَكَعَةً   Ia berbaris dua fathah kerana merupakan kata nama tunggal (singular) yang tiada ال   menunjukkan ia kata nama umum. Jika tiga raka’at, ia akan menjadi ثَلَاثَ رَكَعَةٍ   dengan baris dua kasrah.  ثَلَاثَ رَكَعَةٍ merupa  frasa kata relatif , مُرَكَّبٌ إِضَافِيّ, di mana ثَلَاثَ  adalah mudhaf dan رَكَعَةٍ   adalah mudhaf ilaihi, oleh kerana itu ia berbaris dua kasrah yang juga kata nama umum. Hukum baris kasrah bagi mudhaf ilaihi telah pun dibincangkan di atas.
Jumpa lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan