Pengenalan

Bahasa Arab untuk pengguna Bahasa Melayu.

Bahasa Arab sangat penting kepada orang Melayu kerana orang Melayu adalah 100% Islam.  Al-Quran di turunkan kepada Nabi Muhammad dalam Bahasa Arab. Begitu juga hadis-hadis nabi, sudah tentulah di dalam Bahasa Arab. Dalam solat semua orang Islam menggunakan Bahasa Arab.  Sebaik-baik doa juga hendaklah menggunakan Bahasa Arab, walaupun sebarang bahasa boleh digunakan semasa berdoa. Oleh itu sepatutnya semua orang Islam boleh berbahasa Arab.  Ia menambah khusyuk solat seseorang itu.  Ia dapat memahami semua doa yang dibaca.  Ia dapat memahami hadis-hadis yang dibacakan.  Bukankah ini sangat baik bagi kita orang Islam? Oleh itu ayuh kita sama-sama belajar bahasa Arab.  Saya akan menulis blog saya dengan hanya satu matlamat iaitu menyebarkan kefahaman bahasa Arab untuk semua, khasnya kepada yang masih baru dalam bahasa Arab.  Saya pun masih baru dalam bahasa Arab.  Saya mengalu-ngalukan sebarang teguran jika ada dan janganlah disimpan kesilapan yang ada dari saya.